Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Utara India Susulan Kabus Tebal

Gambar : Google

New Delhi : Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua kanak-kanak, maut manakala lima lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam sebuah terusan di negeri Uttar Pradesh di utara India pada lewat Ahad malam, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Iklan

Nahas itu dilaporkan berlaku susulan kabus tebal di daerah Greater Noida yang menyebabkan kenderaan malang tersebut terbabas disebabkan tahap kebolehlihatan yang buruk sebelum terhumban ke dalam terusan.

“Sejumlah 11 orang berada dalam kereta Maruti Ertiga itu, yang terhumban ke dalam terusan Kherli di kawasan Dankaur.

Mereka telah dikejarkan ke sebuah hospital dan doktor telah mengisytiharkan bahawa enam daripada mereka meninggal dunia manakala lima yang lain sedang menjalani rawatan,” lapor media yang memetik kenyataan seorang jurucakap polis negeri.

Kabus tebal telah dilihat di banyak bahagian di utara India, yang mengakibatkan tahap kebolehlihatan yang buruk dan menyebabkan sejumlah besar penerbangan serta perjalanan kereta api ditangguhkan.

Sumber : Bernama