Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Enam Negeri Diramal Hujan Hingga Tengah Hari Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 1 tengah hari ini.
Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
"Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Krai dan Gua Musang.
"Manakala di Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Bagi Pahang pula, tiga daerah diramal hujan seperti Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Sementara itu, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi antara kawasan yang dijangka hujan di Johor.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan termasuk Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah.
"Di Sabah pula seperti Pantai Barat (Ranau), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.