Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
"Manakala di Kelantan hanya daerah Kuala Krai, sementara Terengganu melibatkan Setiu dan Hulu Terengganu.
"Di Pahang, beberapa daerah diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.
"Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.