Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sikap sesetengah ibu bapa yang enggan memberi suntikan vaksin dan imunisasi kepada anak-anak menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit yang membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa kanak-kanak, boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada kanak-kanak.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan menasihati ibu bapa agar lebih peka dengan kesihatan kanak-kanak dan bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

“Rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 kini dalam tindakan untuk diwartakan dan dikuatkuasakan bagi meningkatkan hukuman bagi seksyen 31 berkenaan,” katanya.
Akta Kanak-kanak 2001 telah dipinda melalui Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat pada 6 April dan Dewan Negara pada 4 Mei lalu”, katanya.
Tambahnya lagi, Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa mana-mana orang yang menganiayai kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sumber: Awani