Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

F1 Sepang: Gagal Pengesahan MyKad, Penonton Boleh Dihalang Masuk Litar

Dihalang masuk litar
Kredit: Bernama

Pemegang tiket MyKad untuk menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia diingatkan supaya membawa kad pengenalan, untuk tujuan pengesahan ketika memasuki litar.

Sepang International Circuit (SIC) memaklumkan tiket diskaun berkenaan hanya sah untuk warganegara Malaysia yang memiliki MyKad yang sah.

Penonton berisiko dihalang masuk litar

Sekiranya pemegang tiket yang tidak memenuhi syarat kelayakan berisiko tidak dibenarkan masuk ke litar atau perlu membayar perbezaan harga bagi tiket dewasa pada kadar penuh.

SIC turut menegaskan bahawa tiada bayaran balik akan diberikan bagi tiket yang dibatalkan akibat kegagalan pengesahan MyKad, termasuk sekiranya MyKad tidak dibawa atau didapati tidak sah.

Sehubungan itu, pemegang tiket disaran memastikan MyKad yang sah dibawa bersama bagi mengelakkan sebarang masalah ketika proses pengesahan dan kemasukan ke litar.

Kredit: Facebook Sepang International Circuit (SIC)

Intipati
  • Pemegang tiket MyKad F1 Sepang diingatkan membawa kad pengenalan untuk pengesahan kemasukan litar.
  • SIC memaklumkan tiket diskaun itu hanya sah untuk warganegara Malaysia dengan MyKad sah.
  • Kegagalan pengesahan MyKad boleh menyebabkan penonton dihalang masuk atau perlu membayar perbezaan harga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan