Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Facebook Alami Gangguan, Jejas Ramai Pengguna Di Seluruh Dunia

Facebook Alami

Facebook Alami Gangguan, Jejas Ramai Pengguna Di Seluruh Dunia

Platform media sosial, Facebook dilapor mengalami gangguan pada petang ini, dengan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses akaun dan menggunakan ciri platform berkenaan.

Menurut laporan Turkiye Today, pengguna melaporkan kesukaran mengakses akaun mereka dan menggunakan ciri teras, dengan sesetengahnya turut gagal memuat naik foto dan video atau menghantar mesej melalui perkhidmatan Messenger yang dipautkan dengan Facebook.

Sementara itu, versi desktop rangkaian media sosial Meta itu dilihat tidak dapat diakses.

Antara paparan yang keluar pada skrin peranti pengguna adalah "Akaun Tidak Tersedia Buat Sementara Waktu. Akaun anda kini tidak dapat diakses disebabkan oleh masalah tapak web. Kami menjangkakan perkara ini akan diselesaikan tidak lama lagi. Sila cuba lagi dalam beberapa minit."

Menurut Downdetector, 62 peratus daripada masalah yang dilaporkan adalah berkaitan dengan tapak web, 21 peratus melibatkan peranti mudah alih, dan 11 peratus melibatkan aplikasi.

Setakat ini artikel ini ditulis, Meta masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan rasmi mengenai gangguan tersebut.