Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Facebook Rasmi MB Negeri Sembilan Alami Gangguan Teknikal

TEKNIKAL
Kredit: Facebook Ismail Lasim

Facebook Rasmi MB Negeri Sembilan Alami Gangguan Teknikal

Halaman Facebook rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim dilaporkan mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu apabila gambar profil akaun berkenaan tidak dapat dipaparkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di halaman Facebook rasmi beliau hari ini.

Kredit: Facebook Ismail Lasim

Menurut kenyataan tersebut, gangguan itu dipercayai berpunca daripada trafik yang tinggi selain proses pengesahan yang sedang dijalankan oleh pihak Facebook.

“Page Facebook rasmi Datuk Ismail Lasim sedang mengalami sedikit gangguan teknikal menyebabkan gambar profil tidak dapat dipaparkan buat sementara waktu.

“Perkara ini berlaku berikutan trafik yang tinggi serta proses pengesahan oleh pihak Facebook,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pentadbiran halaman berkenaan meminta orang ramai supaya tidak bimbang kerana masalah tersebut hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan operasi akaun rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

“Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad lalu sebelum memulakan tugas secara rasmi di Wisma Negeri pada pukul 9 pagi tadi.

Ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali.

Intipati
  • Halaman Facebook rasmi Ismail Lasim mengalami gangguan teknikal, menyebabkan gambar profil tidak dipaparkan sementara.
  • Kenyataan memaklumkan gangguan itu dipercayai berpunca daripada trafik tinggi dan proses pengesahan Facebook.
  • Pentadbiran halaman meminta orang ramai tidak bimbang kerana operasi akaun rasmi tidak terjejas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan