Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jutaan pengguna media sosial sedang menghadapi masalah tidak boleh mengakses perkhidmatan gergasi media sosial iatu Facebook, Instagram dan WhatsApp ketika ini ekoran ketiga-tiga aplikasi tersebut sedang menghadapi gangguan.
Di laman Twitter, tanda pagar Whatsapp atau #Whatsapp menjadi trending nombor satu di Malaysia sehingga mencapai 227k ciapan oleh pengguna tentang masalah tersebut.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan setakat ini oleh pembangun ketiga-tiga aplikasi berkenaan.
Menjengah ke laman Twitter, rata-rata warganet meluahkan bahawa mereka mengalami masalah untuk mengakses ketiga-tiga aplikasi.
”Patut la Whatsapp tak masuk, ingatkan wifi problem,” tulis seorang individu.
Siakap Keli sedang mendapatkan jawapan mengenai punca gangguan rangkaian tiga serangkai ini.
Sumber: Twitter