Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fadhlina Kongsi Momen Lihat Keputusan SPM Bersama Anak

Fadhlina Kongsi Momen
Kredit: Fadhlina Sidek

Fadhlina Kongsi Momen Lihat Keputusan SPM Bersama Anak

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek mencuri perhatian ramai apabila beliau berkongsi momen penuh emosi semasa melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 anaknya, Maryam yang diumumkan secara atas talian.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, memaparkan sisi lain Menteri Pendidikan itu yang jarang dilihat oleh orang ramai.

Apatah lagi sebagai seorang ibu, beliau turut merasai debaran sama seperti ibu bapa lain ketika melihat pencapaian anaknya dalam pendidikan.

Kredit: Fadhlina Sidek

“Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Ini gambar semasa kami baharu betul-betul melihat keputusan Maryam selepas keputusan atas talian,” katanya.

Kredit: Fadhlina Sidek

Sementara itu, Fadhlina turut mezahirkan ucapan terima kasih kepada semua para pendidik dan asatizah yang telah mendidik Maryam.

Kredit: Fadhlina Sidek

“Kejayaan hari ini memang hasil sentuhan para guru yang sangat komited melakukan yang terbaik untuk anak-anak bangsa.

“Maryam juga telah kami pasakkan bahawa tiada kejayaan tanpa usaha. Terus tunduk dengan rendah jiwa dan bersyukur.

“Tahniah kepada semua batch 08! Kalian memang hebat, “ resilient” dan kuat semangat!,” luahnya beliau.

Sebelum ini, KPM mengumumkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) SPM 2025 adalah 4.42 mata. Rekod berkenaan merupakan peningkatan prestasi berbanding SPM 2024.

Apatah lagi, sebanyak 366,435 orang (94.29 peratus) layak menerima sijil SPM bagi tahun ini berbanding tahun lalu dengan peningkatan 10,502 orang (0.28 peratus).