Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan ucapan tahniah kepada Erwin Khairul Ahmad atas pelantikannya sebagai Ketua Pengarah baharu Jabatan Penerangan Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Fahmi turut mengucapkan tahniah kepada Wan Saidatul Shafina Mohd Amin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) jabatan berkenaan.
Beliau berharap kedua-dua individu tersebut dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh komitmen, kebijaksanaan serta semangat tinggi dalam memperkukuh peranan Jabatan Penerangan sebagai medium penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
“Semoga kedua-duanya dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen, kebijaksanaan dan semangat tinggi dalam memperkukuh peranan Jabatan Penerangan sebagai saluran penyampaian maklumat yang efektif kepada rakyat,” katanya.
Dalam masa sama, Fahmi turut merakamkan penghargaan kepada bekas Ketua Pengarah, Julina Johan atas segala jasa, sumbangan dan dedikasi sepanjang menerajui jabatan itu.
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) memaklumkan watikah penempatan bagi Erwin Khairul dan Wan Saidatul Shafina telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.