Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit gambar: BERNAMA

FAM, Kedutaan Arab Saudi Bincang Kerjasama Dua Hala Bangunkan Bola Sepak

Nur Adnin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kedutaan Arab Saudi hari ini membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam pembangunan bola sepak serta bidaan negara yang kaya dengan sumber minyak itu sebagai tuan rumah kali pertama acara sukan serantau dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Dalam pertemuan itu, kami membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara dengan menjadikan bola sepak sebagai pemangkin. Kami bertukar pandangan dalam usaha membangunkan bola sepak bukan sahaja untuk negara masing-masing tetapi buat seluruh keluarga bola sepak Asia khususnya.

“Selain membincangkan isu semasa, pembangunan bola sepak wanita dan futsal turut dibincangkan,” kata Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan hari ini.

Hamidin, yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), melakukan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Arab Saudi Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan di kediaman rasminya bagi membincangkan hubungan dua hala dalam pembangunan bola sepak.

Arab Saudi sebelum ini secara rasmi melancarkan tawaran untuk menjadi tuan rumah Piala Asia AFC untuk kali pertama pada tahun 2027 dan Sukan Asia ke-21 pada tahun 2030.

Ia adalah sebahagian daripada objektif sukan Wawasan 2030 Arab Saudi, rangka kerja strategik yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman untuk mengurangkan kebergantungan negara itu kepada sumber minyak dengan mempelbagaikan ekonominya dan mengembangkan sektor seperti rekreasi dan pelancongan.

Empat negara lain – India, Iran, Qatar dan Uzbekistan – turut menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia, sementara Riyadh perlu berdepan saingan dari Doha, Qatar untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2030, selepas Hangzhou pada 2022 dan Nagoya pada 2026.

Arab Saudi, sebuah kuasa besar tradisi di Timur Tengah, telah memenangi Piala Asia AFC sebanyak tiga kali pada 1984, 1988 dan 1996 dan juga layak ke Piala Dunia FIFA sebanyak lima kali pada tahun 1994, 1998, 2002, 2006 dan 2018.

Sumber: BERNAMA