Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

FAM Umum Harga Tiket Malaysia Vs Vietnam, Bermula RM50 Untuk Dewasa

FAM harga tiket
Kredit: FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi aksi Separuh Akhir 1 Piala Hyundai ASEAN 2026 antara Harimau Malaya dan Vietnam.

Menurut FAM, harga tiket bagi kanak-kanak (terbuka) RM5, manakala bagi dewasa pula bermula RM50 (terbuka), RM70 (grandstand) dan RM100 (VIP).

Harga tiket diumum FAM

Perlawanan itu akan berlangsung pada 16 Ogos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bermula jam 9 malam.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan bertempur dalam Separuh Akhir kedua di Vietnam pada 19 Ogos.

Malaysia layak ke Separuh Akhir selepas berjaya menewaskan Filipina 1-0 dalam perlawanan pada Sabtu.

Menjelang aksi menentang Vietnam, Cheng Hoe mengakui anak buahnya bakal berdepan tugas sukar tetapi menggesa mereka untuk bangkit menghadapi cabaran.

“Vietnam adalah pasukan pilihan, manakala kami pula dianggap sebagai pasukan bukan pilihan.

“Para pemain tidak mempunyai apa-apa untuk dirugikan. Kami akan berdepan Vietnam dan perlu menikmati detik ini. Diharapkan sekali lagi stadium akan dipenuhi penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan.

“Semangat berpasukan dan hubungan antara pemain kini berada pada tahap yang sangat baik. Namun, masih ada ruang untuk diperbaiki. Para pemain juga sudah semakin memahami taktikal yang kami terapkan," katanya.

Intipati
  • FAM mengumumkan harga tiket aksi separuh akhir pertama Malaysia menentang Vietnam.
  • Tiket kanak-kanak berharga RM5, manakala tiket dewasa bermula RM50 hingga RM100.
  • Perlawanan berlangsung 16 Ogos di Cheras, sebelum separuh akhir kedua di Vietnam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan