Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PETALING JAYA, 25 Oktober 2023 – Penantian kini sudahpun berakhir! Bermula esok, pengguna di Malaysia kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah seperti kedai farmasi di Jepun tanpa melibatkan sebarang kos perbelanjaan penerbangan di Farmasi Alpro, Petaling Jaya.
Terletak di The Starling Mall, kedai seluas 3,888 kaki persegi ini merupakan pencapaian usaha sama antara Sugi Holdings Co. Ltd., rangkaian farmasi terkemuka Jepun dengan 1,600 kedai, dan Alpro Pharmacy Group, syarikat induk rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.
Pada pratonton eksklusif bagi pihak media sahaja yang diadakan semalam, Ph. Lee Yin- Chen, Pengarah Pemasaran Penjenamaan, Promosi & Perdagangan, dan juga Ketua E-Dagang Alpro Pharmacy berkata, “Kami memahami bahawa pembelian bagi produk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri terdiri dari salah satu diantara jadual perjalanan paling popular apabila melawat Jepun.

Selain itu, pengalaman membeli-belah di kedai farmasi Jepun yang holistik ini tidak terhad kepada warga Lembah Klang sahaja, Farmasi Alpro Sugi (スギ) kedua di Malaysia juga akan membuat pembukaan kepada orang ramai di Paradigm Mall, Johor Bahru pada hujung minggu ini.
“Berpegang teguh kepada asal usul kami sebagai farmasi komuniti, kedua-dua farmasi ini mempunyai ahli farmasi profesional yang memberi ‘Minute Consult’, iaitu akses melalui talian di farmasi kami kepada panel doktor, serta pakar pemakanan, pakar diet, penasihat kesihatan dan penasihat kecantikan yang sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan kami.
“Farmasi ini juga dilengkapi dengan Analisis Kulit AI Lanjutan untuk mengesan pelbagai masalah kulit, Ujian Occu-AI untuk kesihatan mata dan analisis risiko kesihatan bagi pelanggan untuk lebih memahami keperluan kesihatan dan tubuh mereka,” tambah Ph. Lee.
Paradigm Mall: https://www.alpropharmacy.com/wp-content/uploads/2023/10/Alpro- Sugi-Paradigm-Mall-Johor-Bahru-Grand-Opening_4832.pdf
Starling Mall: https://www.alpropharmacy.com/wp-content/uploads/2023/10/Alpro-Sugi- Starling-Mall-Petaling-Jaya-Grand-Opening_4839.pdf
Bermula dari sekarang hingga 30 November (selagi stok masih ada), pelanggan boleh menebus ‘Belanja dan Tebus Japanese Skater Pikachu Tumblers’ dan set ‘Handkerchief Landmarks Jepun’ di Farmasi Alpro Sugi (スギ) di The Starling Mall, Petaling Jaya dan Paradigm Mall, Johor Bahru.
Lawati Farmasi Alpro Sugi (スギ) dan nikmati pengalaman penjagaan kesihatan Jepun yang tiada tandingannya!
Farmasi Alpro Sugi (スギ) terletak di: – Lot S-201B, Second Floor, The Starling Mall, Petaling Jaya. Contact number : +6019 906 7923 – Lot 3F-60, Third Floor, Paradigm Mall, Johor Bahru. Contact number : +6019 952 8923