Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fasa Peralihan Monsun Bermula Hari Ini, Banjir Dijangka Berlaku & Orang Awam Diminta Bersedia

Gambar hiasan via Bernama

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam satu kenyataan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk melakukan persedian awal bagi menghadapi fasa peralihan monsun.

Menurut JPS, ia dijangka akan berlaku bermula pada 14 Mac hari ini dan akan berterusan hingga pertengahan bulan Mei nanti.

“Permulaan fasa ini menandakan akan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 3 November tahun lalu.

“Kejadian ribut petir dijangka akan berlaku lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Susulan daripada situasi ini, risiko kejadian banjir kilat meningkat dan sangat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan lain-lain infrastruktur bajir sedia ada,” maklum JPS dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, JPS Malaysia akan terus melaksanakan operasi dan kerja-kerja penyelenggaran semua infrastruktur berkenaan secara berkala supaya ia akan berfungsi dengan baik.

“Ban dan tebing sungai juga akan sentiasa dipantau rapi untuk memastikan tindakan serta merta dilaksanakan apabila berlakunya kejadian ban pecah atau tebing runtuh.

“JPS turut akan melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang kini telah beroperasi penuh di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,” maklum JPS lagi.

Difahamkan, sistem ini bertujuan untuk meramal dan memberi amaran banjir bagi membantu pasukan penyelamat dan masyarakat untuk bersiap sedia menghadapi banjir.

JPS turut menasihati kepada penduduk yang tinggal di kawasan rendah serta berhampiran dengan sungai untuk sentiasa berwaspada dan peka untuk menghadapi banjir.

“Orang ramai juga diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata dan menjada persekitaran agar aliran sungai tidak terhalang,” jelas merak lagi.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga telah memaklukan dalam satu kanyataan bahawa tiupan angin lemah dikatakan amat sesuai untuk berlaku ribut petir yang pada umumnya membawa hujan lebat dan angin kencang dalam jangka waktu yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta bahagian barat dan tengah Sarawak,” jelas kenyataan tersebut.

Gambar: JPS

BACA JUGA: Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula Isnin Ini – MetMalaysia

Sumber: JPS