Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Fasa Peralihan Monsun dijangka akan bermula pada 29 Mac ini sehingga Mei 2026.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026 yang telah bermula sejak 13 November 2025.
"Semasa fasa Peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
"Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.
"Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya menerusi satu kenyataan.
Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.
Anda juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di 1-300-22-1683 untuk sebarang pertanyaan lanjut.