Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

FDA Kongsi Risiko Alahan Kulit Jika Guna Pewarna Henna Mengandungi P-Phenylenediamine

Alahan Kulit Jika Guna Pewarna Henna
Gambar: Pixabay

FDA Kongsi Risiko Alahan Kulit Jika Guna Pewarna Henna Mengandungi P-Phenylenediamine

Pemakaian inai dan henna merupakan satu trend yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Kebiasaannya, inai dipakai sebagai hiasan di tangan kaum wanita bagi acara-acara penting, seperti pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Namun begitu, ada juga yang memakainya hanya sekadar suka-suka kerana memiliki corak yang pelbagai.

Di pasaran kini, terdapat pelbagai jenis pilihan dan warna inai serta henna dijual. Selain dijual di kedai-kedai, produk ini juga mudah didapati secara atas talian dan penghantaran akan dibuat sehingga ke depan pintu rumah.

Selamay di pakai?

Menurut FDA, henna atau inai yang diperbuat daripada tumbuhan sahaja yang diluluskan untuk penggunaan pada manusia dan ianya terhad pada rambut sahaja.

Di Amerika Syarikat, penggunaan pewarna yang sama atau dikenali sebagai mehndi pada kulit adalah tidak dibenarkan. Kelulusan itu tidak diberikan selepas mengambil kira pewarna henna atau mehndi yang bewarna gelap ditambah dengan bahan kimia untuk menghasilkan warna gelap tersebut.

Ini kerana, henna dan mehndi yang dihasilkan daripada tumbuhan semula jadi tidak menghasilkan warna gelap sedemikian rupa. Sebaliknya warna asli pewarna tersebut biasanya adalah coklat, oren keperangan atau merah keperangan. Justeru, beberapa bahan kimia perlu ditambah untuk menghasilkan henna hitam atau biru yang biasa dijual dalam pasaran.

Bahan tambahan ini dikenali sebagai pewarna rambut arang-tar yang mengandungi p-phenylenediamine (PPD), iaitu bahan kimia berbahaya yang boleh mendatangkan keradangan pada kulit bagi sesetengah pengguna.

Penggunaan bahan ini juga adalah alasan kenapa sesetangah produk pewarna rambut meminta pelanggannya membuat ujian kecil pada kulit terlebih dahulu untuk mengesan sebarang tindak balas, sekiranya ada.

Berdasarkan undang-undang, FDA menjelaskan bahawa p-phenylenediamine (PPD) tidak dibenar digunakan dalam penghasilan mana-mana pewarna yang digunakan untuk kulit manusia.

Selain itu, beberapa bahan lain mungkin juga ditambah untuk memastikan henna hitam berkenaan mampu bertahan untuk tempoh yang lebih lama pada kulit penggunanya.

Dibawah adalah beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh FDA akibat penggunaan henna yang mengandungi p-phenylenediamine (PPD).

Kredit: J. Cole/Photo Researchers
Kredit: Dr. P. Marazzi/Photo Researchers

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, risiko anda untuk mengalami reaksi alahan adalah lebih tinggi berbanding kulit yang biasa. Kesannya, kulit anda mungkin mengalami kemerahan, kegatalan dan ketidakselesaan yang memerlukan rawatan lanjut dengan doktor.

Umumnya, FDA menyarankan orang ramai memeriksa terlebih dahulu kandungan dalam pembuatan henna atau mehndi sebelum membuat pembelian, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah alahan kulit.

BACA: Airbus Umum Beri Setiap Pekerjanya Duit “One-off” Lebih RM 7 Ribu, Bantuan Untuk Hadapi Inflasi

Sumber: FDA United States Food & Drug