Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Federer Ungguli Senarai Atlet Raih Pendapatan Tertinggi, Turut Atasi Ronaldo Dan Messi

Gambar Hiasan via Google

WASHINGTON, 30 Mei (Bernama) — Bintang tenis terkenal Roger Federer menduduki tempat teratas senarai Forbes 2020 sebagai atlet yang memperoleh bayaran tertinggi dengan pendapatan sebelum cukai US$106.3 juta, lapor agensi berita Xinhua.

Ini kali pertama legenda tenis kelahiran Switzerland itu mengungguli senarai itu.

Pendapatannya merangkumi wang hadiah US$6.3 juta dan US$100 juta bayaran sokongan serta penampilan. Kedudukan terbaik beliau sebelum ini di tempat kedua pada 2013.

Diikuti bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dengan pendapatan US$105 juta manakala Lionel Messi dari Argentina menduduki tempat ketiga dengan US$104 juta.

— BERNAMA