Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Fenomena Gerhana Bulan, Ribuan Ikan Sardin 'Melompat' Ke Pinggir Laut
Setiap kali gerhana bulan, ramai yang menantikannya kerana jarang berlaku.
Ada yang mengambil peluang untuk merakam gambar bulan yang berubah warna, dan ada juga yang sekadar menikmati keindahannya.
Bagi umat Islam, waktu gerhana bulan turut dianggap sebagai waktu yang mustajab untuk berdoa.
Di sebalik keindahannya, ada juga kejadian unik yang terjadi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan ribuan ikan sardin sedang berenang dan 'melompat' ke arah pinggir laut di negara Filipina.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mindanao Times di Facebook, beberapa warga dilihat tidak melepaskan peluang menangkap ikan-ikan tersebut.
Difahamkan, kejadian ini berlaku di Barangay Taguilon, Dapitan City wilayah Zamboanga del Norte, Filipina ketika fenomena gerhana bulan.

Disebabkan jarang terjadi, ramai yang tertanya-tanya bagaimana fenomena itu boleh berlaku.
Malah, terdapat juga individu yang membuat pelbagai spekulasi bahawa ia mungkin petanda bakal berlaku sesuatu bencana.
Tidak kurang juga, ada yang menganggap kejadian itu bersifat mistik dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap perkara negatif yang bakal menimpa.
Sejak dimuat naik beberapa hari yang lalu, video tersebut dengan cepat menjadi tular dan berjaya meraih 29 ribu tontonan dalam masa yang singkat.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat ditinggalkan oleh pengguna Facebook terhadap video itu.
Namun, seorang warga Filipina menjelaskan dan menjawab persoalan orang ramai.
"Ramai yang meninggalkan komen dengan pelbagai ramalan buruk. Rakan-rakan, bacalah kajian saintifik. Zamboanga adalah kawasan upwelling, iaitu air yang kaya dengan nutrien dari dasar laut bergerak ke permukaan. Ini menjadi sumber nutrien untuk fitoplankton atau plankton," komen Jones Yhaj
"Jelasnya, plankton merupakan makanan bagi ikan sardin
"Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa fenomena ini biasanya berlaku terutama pada musim panas disebabkan cuaca, iklim, dan arah angin pada waktu tersebut
"Oleh itu, kejadian sebegini berlaku di kawasan Zamboanga dan juga di Butuan/Agusan kerana topografinya. Namun, ia lebih kerap berlaku di Zamboanga," ujarnya.