Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fenomena Hujan Meteor Eta Aquarids ‘Banjiri’ Langit, Waktu Kemuncak Bermula Hari Ini Hingga 7 Mei

Gambar: Space.com

Orang ramai mungkin berpeluang melihat kemuncak hujan meteor Eta Aquarids bermula hari ini sehingga 7 Mei akan datang.

Hujan meteor Eta Aquarids difahamakan sudah mula aktif pada 19 April sehingga 28 Mei 2021, dan kemuncaknya bermula hari ini.

Menurut Planetarium Negara, pusat pancaran meteor itu adalah Buruj Aquarius selain sebanyak 10 hingga 30 meteor diramal muncul dalam tempoh satu jam.

Tambah badan itu, hujan meteor seterusnya yang dijangka bakal berlaku adalah pada bulan Oktober yang dinamakan hujan meteor Orionids.

Sumber: Planetarium Negara