Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fenomena Istiwa A’dzam Petang 28 Mei, Orang Ramai Berpeluang Semak Arah Kiblat Jumaat Ini

Umat Islam berpeluang menyemak arah kiblat pada 28 Mei ini ketika berlakunya peristiwa Istiwa A’dzam di mana matahari akan berada tepat di atas Kaabah.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak, umat Islam di Malaysia dijangka dapat menyaksikan peristiwa berkenaan pada 5.16 petang Jumaat ini.

“Ia akan berlaku ketika nilai sudut istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak. Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek tegak di seluruh dunia akan bertepatan dengan arah Qiblat,” tulis kenyataan tersebut.

Gambar: Laman Web Jabatan Mufti Negeri Perak

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak