Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Festival Novel Malaysia 2026 - "Segalanya Bermula Dengan Cinta"

Festival Novel Malaysia

Shah Alam, 9 September 2026 – Peminat novel, penulis dan pencinta dunia kreatif, bersedialah untuk pengalaman yang berbeza apabila Festival Novel Malaysia 2026 (FNM 2026) anjuran Karangkraf bakal berlangsung selama lima hari di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Buat pertama kalinya diadakan di Malaysia, festival ini bakal menghimpunkan komuniti pembaca, penulis dan pemain industri buku dalam sebuah ruang yang meraikan kecintaan terhadap novel, kreativiti dan dunia penceritaan.

Butiran acara:

• Tarikh: 23 September 2026 hingga 27 September 2026

• Masa: 9:00 pagi – 7:00 malam

• Lokasi: Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Penganjuran FNM 2026 bertujuan memperkukuh ekosistem industri novel tempatan dengan mempertemukan penulis, penerbit, pembaca dan pemain industri kreatif dalam satu platform bersama. Festival ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, jaringan industri, peluang kerjasama serta perkembangan karya novel tempatan. Pada masa yang sama, FNM 2026 menyasarkan untuk mendekatkan dunia novel kepada masyarakat umum dan menyemarakkan budaya membaca serta penulisan, khususnya dalam kalangan generasi baharu.

Mengangkat tema “Segalanya Bermula dengan Cinta!”, festival selama lima hari ini menampilkan pelbagai program yang menghimpunkan komuniti penulis, pembaca, pencipta kandungan serta pemain industri buku, filem dan drama. Dengan kerjasama empat penerbit tempatan iaitu Mangosteen, Prologue Media, Inkloaf dan Manes Workwords, FNM 2026 dijangka mampu memperkukuh peranan festival ini sebagai salah satu pentas yang menyatukan komuniti buku serta membuka ruang baharu untuk perkembangan karya novel tempatan.

FNM 2026 turut menjadi platform untuk menghargai bakat kreatif, khususnya penulis novel tempatan, di samping membuka ruang kepada kerjasama dalam industri buku Malaysia. Antara pengisian utama festival ialah Anugerah Festival Novel Malaysia 2026 sebagai acara kemuncak yang menjadi platform untuk mengiktiraf bakat, karya dan sumbangan dalam industri novel tempatan. Selain itu, Konvensyen Penulisan Novel bakal menjadi wadah perkongsian ilmu dan pembangunan bakat, manakala Pitch Your Idea: Business Matching membuka peluang kepada penulis, penerbit dan pemain industri untuk meneroka potensi kerjasama serta perkembangan karya.

FNM 2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti lain yang menarik sepanjang festival berlangsung. Pengunjung berpeluang menyertai Hallyu Wave Masterclass, pertandingan teater Pentas Cinta, Book Tea Party, Art Market dan Kraf Market, selain menikmati pelbagai ruang interaktif seperti Love Letter Station, Guess the Book, Tournament of Books, Decorate Your Bookmark dan Love Language Board. Pengunjung juga turut berpeluang untuk menyertai sesi ‘Meet & Greet’ bersama artis tempatan seperti Izzue Islam, Emma Maembong, Keith Foo dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai novel pilihan pada harga yang menarik dan berpatutan sepanjang festival berlangsung. Aktiviti-aktiviti ini memberikan pengalaman yang lebih santai dan kreatif kepada pengunjung, di samping mendekatkan masyarakat kepada dunia novel dan penceritaan.

Dengan sasaran sehingga 15,000 pengunjung, FNM 2026 diharap dapat menjadi platform yang mempertemukan pembaca dengan penulis, menawarkan pengalaman yang baharu, menghubungkan pemain industri serta membuka ruang untuk perkembangan karya tempatan. Penganjuran ini juga diharapkan dapat menyemarakkan minat terhadap budaya membaca dan penulisan, khususnya dalam kalangan generasi baharu.

Intipati
  • Festival Novel Malaysia 2026 bakal berlangsung lima hari di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
  • Festival itu menghimpunkan pembaca, penulis, penerbit dan pemain industri kreatif tempatan.
  • Pengisian termasuk anugerah, konvensyen penulisan, padanan perniagaan, aktiviti kreatif dan sesi artis.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan