Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

FFC-TMTG: Kerajaan Giat Usaha Dapatkan Pembebasan Segera 9 Peserta Malaysia – Wisma Putra

Iqbal Yasir
FFC-TMTG 9 peserta malaysia
Gambar: Bernama

FFC-TMTG: Kerajaan Giat Usaha Dapatkan Pembebasan Segera 9 Peserta Malaysia – Wisma Putra

PUTRAJAYA — Kerajaan Malaysia sedang giat berusaha untuk mendapatkan pembebasan segera dan tanpa syarat sembilan warganegara Malaysia yang kini ditahan secara haram oleh rejim Israel sejak 8 Oktober 2025.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, kesemua mereka merupakan peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG).

“Kerajaan sedang menggerakkan usaha-usaha ini dengan kerjasama negara-negara sahabat, terutamanya Republik Turkiye.

“Usaha juga sedang dilakukan melalui Kedutaan kita di Amman dan Ankara, serta melalui pasukan peguam antarabangsa bagi memastikan akses konsular kepada rakyat Malaysia yang ditahan, dan penghantaran pulang mereka ke Malaysia dengan segera dan selamat.

“Kesemua sembilan warganegara Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Keselamatan dan kebajikan semua warganegara Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan,” maklum kenyataan itu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Shaharul Anwar mendedahkan bahawa beberapa sukarelawan Malaysia dikasari dan terdapat penderaan fizikal dan layanan tidak berperikemanusian semasa dan selepas pemintasan termasuk ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh Israel.

“Setakat jam 3 petang tadi, peguam ADALAH telah berjumpa dengan 100 delegasi dari 145 yang ditahan Israel.

“9 orang delegasi Malaysia disahkan tiada kecederaan namun pihak MyCARE akan mengatur pemeriksaan lebih lanjut sejurus mereka dibebaskan bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan yang baik.

“Seperti yang saya nyatakan di sidang media sebelum ini, 7 delegasi Malaysia sudah menandatangani surat deportasi, manakala status 2 orang lagi delegasi masih belum diketahui.

“Pihak MyCARE masih menunggu laporan dari peguam ADALAH dan dijangka proses tribunal akan selesai pada tengah malam ini waktu Malaysia.

“Peguam ADALAH turut melaporkan beberapa peserta telah dikasari dan terdapat penderaan fizikal dan layanan tidak berperikemanusiaan semasa dan selepas pemintasan, termasuk ditendang, ditampar, atau dicengkam secara agresif oleh Israel,” katanya dalam kenyataan itu.

Sumber: Wisma Putra

BACA: 97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

BACA: 97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

BACA: Netizen ‘Cair’ Lihat Momen Pasangan Ini Healing Di Usia Senja