Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Fikirlah Dua Kali Sebelum Anda Menyokong Industri Tidak Berperikemanusiaan”, Lelaki Ini Dedah ‘Derita’ Disebalik Kopi Termahal Di Dunia

Kopi Termahal Di Dunia

Pasti semua orang terutamanya penggemar kopi pernah mendengar tentang Kopi Luwak. Ia merupakan kopi yang paling mahal dunia dan ia dijual dengan harga sekitar RM400.00 untuk secawan kopi. Paling menarik, ia dihasilkan dari biji kopi yang dicerna dan dikeluarkan sebagai najis oleh seekor musang atau nama saintifiknya Paradoxurus hermaphroditus. Biji-biji kopi yang keluar bersama najis itu akan dibersihkan sebelum dibancuh sebagai kopi.

Najis dan biji kopi akan diasingkan dan dibersihkan sebelum dibancuh (Gambar : National Geographic)

Musang ‘kelapa’ atau luwak ini hanya ditemui di Asia Tenggara dan kawasan Sahara di Afrika. Ia memiliki bentuk seiras dengan raccoon, mempunyai jalur, bintik dibelakangnya dan berekor panjang. Ia memainkan peranan penting dalam rantaian makanan malah musang itu turut memakan serangga, buah-buahan selain dari biji kopi.

Dikatakan bahawa luwak mempunyai enzim di dalam badannya yang boleh mengubah struktur protein yang terdapat dalam biji kopi dan menghasilkan kopi yang kurang berasid serta mempunyai aroma dan rasa yang luar biasa.

Gambar : Bengal Daily News Network

Buat Apa Miliki Kopi Yang Mahal Jika ‘Ada’ Yang Terseksa Disebaliknya

Seorang pengguna Facebook, Ruchira Somaweera telah memuatnaik satu status yang ‘menyentap’ puluhan ribu manusia tentang ‘sisi gelap’ yang tersirat disebalik nilai biji kopi yang mahal. Hantarannya itu mendapat lebih 34,000 kali perkongsian.

Menurutnya :

Gambar : Ruchira Somaweera
Gambar : Science News

‘Cerita Duka Si Musang Kecil’

Melalui kajian yang dilakukan oleh Unit Penyelidikan Hidupan Liar Universiti Oxford dan Perlindungan Haiwan Dunia mendapat bahawa sebanyak 50 ekor luwak ditemui dalam 16 buah ladang kelapa sawit yang berbeza. Fasiliti dan kebajikan haiwan itu langsung tidak dijaga dan lebih menyedihkan, ada sesetengah beberapa ekor luwak yang hanya ‘disumbat’ dalam sangkar kecil.

Mereka bukan sahaja terpaksa berhimpit-himpit dalam satu sangkar malah turut ‘bersesak’ dengan air kencing dan najis sendiri, alangkah sedihnya! Sangkar tersebut langsung tidak dibersihkan. Tubuh mereka kelihatan kurus, manakan tidak jika setiap hari mereka hanya diberi makan buah ceri.

Gambar : Science News

Namun, lebih menyanyat hati, ada luwak ditempat di dalam sangkar yang dibawahnya terdapat ‘jaringan’ wayar, tubuh mereka ada yang terluka dan melecet akibat terkena wayar. Ia merupakan ‘seksaan yang berterusan’ buat si musang kecil.

Mereka juga tidak dibekalkan dengan sumber air bersih dan ada yang diasingkan dari musang yang lain. Malah mereka sering terganggu dengan bunyi bising dari jalanraya dan kunjungan dari pelancong.

Gambar : Conservation India

Sumber : National Geographic , Ruchira Somaweera