Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Filem redBus Malaysia: “Satu Aplikasi, Cuti Direalisasi”

Syamimi
REDBUS

Filem redBus Malaysia: “Satu Aplikasi, Cuti Direalisasi”

redBus, platform tempahan tiket bas dalam talian terbesar di dunia, melancarkan kempen jenama terbaharunya di Malaysia bertajuk “Satu Aplikasi, Cuti Direalisasi” sebagai langkah strategik mencerminkan evolusi platform itu yang kini melangkaui tempahan bas semata-mata, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ekosistem pelancongan menyeluruh untuk pengguna Malaysia.

Kempen ini menampilkan sebuah filem jenama berunsur humor yang mengetengahkan kepelbagaian tawaran pelancongan redBus. Ia menandakan perkembangan redBus daripada aplikasi tempahan bas terbesar di Malaysia kepada destinasi sehenti untuk pengembara, yang turut menyediakan tempahan feri, ciri ‘Food Map’ untuk meneroka makanan tempatan dan restoran, serta tempahan pengalaman ‘Things To Do’, semuanya dalam satu platform yang sama.

Daripada bahasa pejabat ke 'mode' percutian

Kempen ini berteraskan realiti yang dekat dengan golongan profesional muda yang menghabiskan rutin 9 hingga 6 mereka dengan tarikh akhir, mesyuarat dan istilah korporat. Walaupun percutian sering menjadi impian untuk melepaskan tekanan, proses merancang dan membuat tempahan kadangkala terasa seperti satu lagi tugasan kerja.

Filem jenama ini memanfaatkan situasi tersebut dengan mengolah semula frasa pejabat seperti “let’s deep dive” dan “all hands on deck” dalam cara yang mencuit hati dan tidak dijangka. Ketika rakan sekerja berbincang mengenai pembentangan di pejabat, ungkapan-ungkapan ini diterjemahkan secara visual dalam bentuk yang kreatif.

Seiring perkembangan cerita, latar belakang watak utama berubah menjadi suasana bas, bot, aktiviti luar dan pengalaman makanan, lengkap dengan pakaian percutian, menggambarkan peralihan lancar daripada mod kerja kepada mod percutian.

Filem ini diakhiri dengan watak-watak yang secara tiba-tiba mendapati diri mereka sudah tiba di destinasi, lalu teruja dengan betapa mudahnya merancang perjalanan melalui redBus.

Memperkukuh janji satu aplikasi

Frasa kempen “Satu Aplikasi, Cuti Direalisasi” merangkumkan nilai teras redBus sebagai platform pelancongan sehenti. Sama ada merancang lebih awal atau membuat tempahan percutian secara spontan, aplikasi ini menghimpunkan pengangkutan dan pengalaman di destinasi dalam satu ekosistem yang menyeluruh.

Dengan menggunakan bahasa tempatan dan elemen humor yang dekat dengan kehidupan seharian, redBus menyasarkan untuk mendekati golongan muda Malaysia yang sentiasa menyeimbangkan komitmen kerja dan keinginan untuk melancong.

“Sepanjang sedekad kami beroperasi di Malaysia, kami telah mengembangkan penawaran untuk merangkumi tempahan feri, Things To Do serta redBus Malaysia Food Map yang memenuhi minat rakyat Malaysia terhadap makanan dan pelancongan berasaskan makanan,” kata Pallavi Chopra, Ketua Pegawai Pemasaran redBus.

“redBus kini bukan lagi sekadar platform tempahan tiket bas, tetapi pemudah cara pelancongan yang komprehensif untuk pengguna Malaysia yang mahukan perancangan perjalanan yang mudah dan ringkas. Melalui kempen ini, kami ingin menunjukkan secara relevan dengan budaya tempatan bahawa merancang percutian tidak perlu rumit. Segala-galanya, daripada perjalanan ke destinasi hinggalah aktiviti dan tempat makan, kini boleh direalisasikan dalam satu platform.”

Filem jenama ini kini dilancarkan secara berperingkat di platform digital seperti Meta, YouTube dan TikTok, serta dipaparkan di semua saluran dalam talian redBus.

Tonton video, klik di sini : Facebook | Instagram | YouTube | TikTok

Ingin merealisasikan angan-angan percutian ketika di pejabat? redBus memudahkan anda dengan tawaran eksklusif untuk semua pengembara. Gunakan kod ‘REDBUS60’ untuk memulakan perjalanan anda dan nikmati penjimatan sehingga 60%. Muat turun aplikasi redBus di Apple App Store atau Google Play Store, atau layari www.redbus.my hari ini.