Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Foto Kanggaru Berbadan ‘Sado’ Mandi Sungai Jadi Perhatian, Netizen Samakan Dengan Arnold Schwarzenegger

Aqmal Ezany
Gambar: Daily Mail

Seekor kanggaru yang berbadan maskulin telah ditemui sedang mandi di anak sungai yang terletak di Sungai Margaret di Australia Barat.

Jackson Vincent, pekebun, merupakan individu yang telah terserempak dengan kanggaru tersebut semasa dia sedang membawa anjingnya bersiar di sepanjang Boodjidup Creek.

Vincent memaklumkan kepada The Telegraph bahawa dia pada mulanya berasa terancam ketika haiwan tersebut mula mendekatinya.

Dia khuatir bahawa haiwan yang berbadan maskulin itu akan menyerang anjingnya.

“Saya selalunya berani berdamping dengan haiwan namun ketika kanggaru itu mula keluar dari air, saya terkejut dan memutuskan untuk mengundur beberapa langkah,” kata Vincent kepada The Telegraph.

“Tinggi kanggaru itu sekitar dua meter dan saya rasa beratnya mungkin dalam 100 kg”.

“Sudah pasti saya tidak mahu untuk bertinju dengannya”.

Kanggaru terkenal sebagai haiwan yang jinak, namun jika diancam, ia akan menyerang.

Kanggaru liar juga difahamkan merentap dan melemaskan pemangsa yang dirasakan mengancam dirinya sebagai tindakan mempertahankan diri.

Untuk menyerang pemangsa, seekor kanggaru akan mengeluarkan cakarnya yang tajam, menggunakan ekornya yang kuat untuk menyeimbangkan dirinya sambil menendang, bergusti atau meninju lawannya.

Warganet yang melihat foto kangaru tersebut telah menyatakan bahawa haiwan itu seakan bintang filem Hollywood ‘Arnold Schwarzenegger’, sementara yang lainnya bertanyakan tentang ‘rutin senamannya’.

Sumber: Daily Mail