Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau anda peminat jam tangan lasak dengan sentuhan gaya streetwear, G-SHOCK tampil dengan koleksi baharu yang mungkin menarik perhatian.
CASIO baru sahaja memperkenalkan G-SHOCK Bold Camo, koleksi yang menggabungkan corak camouflage klasik dengan kemasan rona emas, sekali gus memberikan nafas baharu kepada rekaan ikonik G-SHOCK.

Selain tampil dengan gabungan warna yang lebih menyerlah, siri ini turut menampilkan reka bentuk dail yang dikemas kini menerusi logo dan penanda baharu bagi memberikan penampilan yang lebih moden.
Salah satu keunikan koleksi ini ialah corak camouflage eksklusif yang menyembunyikan logo ikonik "G" milik G-SHOCK di dalam rekaannya.
Bergantung kepada model, corak tersebut dihasilkan menggunakan pelbagai teknik cetakan dan kemasan bagi memberikan penampilan yang lebih premium tanpa menghilangkan identiti lasak yang sinonim dengan jenama itu.
Koleksi Bold Camo hadir dengan enam model berbeza yang dibina berasaskan siri popular G-SHOCK.
Antaranya ialah GM-6900CMG-3, yang menampilkan bezel keluli tahan karat dengan kemasan ion emas serta ukiran laser bercorak camouflage, dipadankan dengan tali urethane bercetak.

Bagi mereka yang menggemari rekaan klasik, DW-6900CMG-3 membawakan wajah baharu kepada model 6900 menerusi corak camouflage dan sentuhan warna emas pada bahagian dail.
Sementara itu, GA-700CMG-3A hadir dengan paparan analog-digital bersama dail berwarna emas, manakala GA-V01CMG-3A menampilkan rekaan bersaiz besar dengan kemasan hijau dan jangka hayat bateri sehingga 10 tahun.
Koleksi ini turut dilengkapkan dengan DW-6900CF-1 dan GA-700CF-1A, yang menampilkan corak camouflage pada keseluruhan permukaan dail bersama paparan LCD negatif dan aksen emas.

Selain reka bentuk baharu, setiap model masih mengekalkan ciri ketahanan yang menjadi identiti G-SHOCK.
Antara ciri yang ditawarkan termasuk:
Tahan hentakan (Shock Resistant)
Kalis air sehingga 200 meter
Fungsi jam randik dan pemasa
Lampu LED Super Illuminator
Flash Alert
Pelbagai tetapan penggera harian
World Time bagi model terpilih
Jangka hayat bateri sehingga 10 tahun untuk model GA-V01CMG-3A
Koleksi G-SHOCK Bold Camo kini boleh didapati di semua butik G-SHOCK dan pengedar sah terpilih.
Bersempena pelancaran koleksi G-SHOCK Bold Camo, peminat jam tangan dan penggemar gaya streetwear berpeluang merasai sendiri pengalaman koleksi baharu ini menerusi sebuah pop-up khas di JAM PJ.
Acara yang berlangsung pada 1 dan 2 Ogos 2026, dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang itu akan mengubah ruang berkenaan menjadi pengalaman bertemakan Bold Camo, menghimpunkan komuniti peminat G-SHOCK, streetwear serta peminat jam tangan.
Pengunjung boleh melihat lebih dekat rekaan koleksi Bold Camo yang menampilkan gabungan corak camouflage ikonik bersama sentuhan emas yang lebih menyerlah.

Selain itu, 300 pengunjung pertama yang hadir dan melengkapkan aktiviti media sosial yang ditetapkan akan menerima hadiah eksklusif (selagi stok masih ada).