Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bayi yang baru lahir sememang perlu diberi perhatian yang lebih disebabkan tahap imunisasi mereka yang masih lemah. Mereka sangat mudah menerima penyakit dari virus-virus yang terdapat di persekitaran kita temasuklah.
Dalam pada itu, fizikal bayi juga perlu dijaga dengan sangat teliti supaya tidak akan berlaku sebarang kecederaan pada tubuh si comel. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi, lebih-lebih lagi pada mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Begitulah kisah menimpa seorang gadis yang berkongsikan bagaimana jarinya boleh terlipat dan bersambung terlihat seakan-akan kudung menerusi video di laman TikTok miliknya, Wulandia9.
Menurutnya, semasa usia masih bayi, ibu kepada gadis ini memakaikan sarung tangan tanpa diketahui masih terdapat sisa benang yang akhirnya melilit jari gadis ini.
“Seharian itu, saya menangis dan kerana ibu tak tahu kalau sebab dari sarung tangan yang dipakai, jadi ibu tidak mandikan saya kerana menyangka hanya demam, cuma di lap-lap sahaja,”
“Keesokan harinya, baru sarung tangan itu ditanggalkan dan ternyata jari saya tidak boleh diselamatkan lagi,” jelasnya menerusi kapsyen video tersebut.
Menurut ibunya, sarung tangan itu telah dipakaikan selama tiga hari dan selama itu juga dia menangis tanpa henti tanpa tahu apa puncanya. Hingga ibunya bawa pergi kepada tukang urut takutnya terkepit.
“Tahu-tahu jari dah barcantum kerana terlilit oleh sisa benang yang terdapat dalam sarung tangan tersebut.
Wulan juga sempat berpesan kepada para ibu yang baru melahirkan untuk lebih berhati-hati dan peka terhadap pelbagai faktor walaupun kelihatan kecil di mata kita. Kesilapan kecil juga boleh meninggalkan kesan yang amat besar seumur hidup si bayi.
BACA: Tiga Tahun Rogol Anak Tiri Hingga Rahim Kena Buang, Lelaki Dikenakan Hukuman ‘Kasi’
BACA: Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’
Sumber: Wulandira (TikTok)