Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gaji Minimum Bersih Malaysia Ditangga Ke-59 Daripada 67 Negara – Kajian
Gaji minimum bersih yang dinikmati rakyat Malaysia dilapor berada di kedudukan ke-59 daripada 67 negara.
Kedudukan di peringkat global itu dilaporkan dalam laporan ‘Gaji Minimum Di Seluruh Dunia: Di Manakah Anda Boleh Hidup Dengan Gaji Minimum?’ yang dikeluarkan oleh Picodi Malaysia.
Menurut laporan itu, rakyat Malaysia menikmati gaji minimum bersih sebanyak RM1,323 sebulan setakat Januari 2024.
Dalam laporan itu lagi, Picodi Malaysia mendapati bahawa gaji minimum yang dinikmati itu tidak berubah dan masih sama seperti tahun lalu.
Selain Malaysia, Vietnam dan Sepanyol juga tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Manakala majoriti negara dalam senarai berkenaan menunjukkan perubahan gaji minimum bersih yang dinikmati berbanding Januari 2023.
Dalam senarai itu, dua negara menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu Türkiye (100 peratus) dan Argentina (138 peratus).
Peningkatan paling sedikit pula dinikmati oleh pekerja di negara Perancis (3.4%), German (2.8%) dan Thailand (2.5%).
Dalam pada itu, menerusi laporan itu, Picodi Malaysia turut mendedahkan kajian berkenaan perbandingan gaji minimum dengan kenaikan harga barangan runcit asas dan kos sara hidup.
Menurut Picodi, nilai bakul beli-belah pada Januari 2024 meningkat sebanyak 7.9 peratus berbanding Januari 2023.
“Sebakul produk makanan asas yang diperlukan untuk kelangsungan hidup adalah berharga RM 437.58 iaitu 33.1 peratus daripada gaji minimum (tempat ke-48).
“Namun, kedudukan Malaysia lebih baik berbanding Pakistan (42.4 peratus), Indonesia (49.8 peratus), Thailand (54.4 peratus) dan Filipina (66.2 peratus),” terang laporan itu lagi.
Selain itu, Picodi turut menyenaraikan bakul runcit yang paling selesa dan seimbang dengan gaji minimum boleh didapati di beberapa negara.
Negara-negara tersebut adalah United Kingdom, Ireland, Belanda Luxembourg dan New Zealand.
Menurut Picodi Malaysia, mereka menggunakan gaji bersih, yang dibawa pulang oleh pekerja dalam laporan itu.
Mereka berpendapat, perbandingan tersebut adalah lebih adil kerana perbezaan antara gaji kasar dengan gaji bersih yang diterima pekerja boleh sebesar 30 peratus.
Bagaimanapun, perbezaan tersebut bergantung kepada sesebuah negara.
BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum
Sumber: Picodi Malaysia