Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gaji Minimum Tidak Patut Dijadikan Rujukan Bayar Gaji Lepasan Ijazah
Kredit: Bernama

Gaji Minimum Tidak Patut Dijadikan Rujukan Bayar Gaji Lepasan Ijazah

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Gaji Minimum Tidak Patut Dijadikan Rujukan Bayar Gaji Lepasan Ijazah

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) — Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata sebaliknya, gaji permulaan untuk lepasan ijazah sepatutnya naik lebih tinggi kerana gaji minimum ini adalah untuk pekerja tidak berkemahiran.

“Namun, dapatan awal statistik gaji menunjukkan gaji minimum itu digunakan sebagai gaji rujukan untuk membayar (upah) terutamanya lepasan ijazah dan pekerja berkemahiran yang muda.

“Ini satu fenomena yang memerlukan dasar yang segera untuk kita perbetulkan keadaan itu,” katanya kepada media selepas melancarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

Mengulas laporan itu, Rafizi berkata sebahagian besar rakyat Malaysia dibayar gaji rendah, dengan 82 peratus daripada 6.45 juta pekerja pekerja formal bergaji di bawah RM5,000 sebulan dan 35 peratus daripada jumlah itu dibayar RM2,000 ke bawah pada Mac 2023.

“Dengan penerbitan laporan ini, kita boleh yakin bahawa memang kita ada masalah gaji. Ia bukan cakap-cakap saja, sekarang ia boleh disahkan oleh data lebih enam juta pekerja dan perkara ini akan ditumpukan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata laporan itu juga menunjukkan median upah bulanan bagi pekerja formal pada Mac 2023 ialah RM2,600, tidak jauh dengan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM2,589.

“Kita memang ada masalah besar. Inilah yang dikatakan penstrukturan semula, ia bukan setakat mendapatkan pelaburan dan pertumbuhan (tetapi) memastikan apa jua pertumbuhan dan pelaburan yang kita rancang atau jana, ia harus mencerminkan kehidupan harian tenaga kerja kita,” katanya.

Rafizi berkata dasar atau model gaji progresif yang akan dibentangkan kepada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara Isnin ini, akan menjadi latar belakang yang penting untuk kerajaan menangani masalah berkaitan gaji.

“Saya tahu ia cabaran yang besar juga untuk majikan, kita perlu cari jalan untuk kita selesaikan isu ini,” katanya yang yakin dasar atau model gaji progresif yang akan dibentangkan nanti dapat dilaksanakan secara pratikal dan mendapat sokongan majikan.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan libat urus dengan kumpulan majikan bagi mendapatkan pandangan dan syarikat kecil serta sederhana yang mempunyai pekerja di bawah 50 orang juga sudah dimaklumkan secara dasar setakat ini.

BACA: Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Sumber: Bernama