Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Gambar) Beberapa Jalan Di KL Alami Kesesakan Teruk Akibat Jalan Dinaiki Air

Hujan lebat di Kuala Lumpur sejak petang tadi telah menyebabkan berlakunya banjir kilat dan air bertakung di beberapa jalan sekitar.

Situasi tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga ada kenderaan yang terkandas dan terperangkap di dalam kesesakan.

Malah, menerusi gambar yang dikongsikan, beberapa kenderaan turut dilihat tenggelam di dalam banjir yang berlaku dengan pantas.

Oleh itu, warga kota dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melalui kawasan berikut:

JALAN KUCHING : Taman Wahyu – Bulatan Batu Caves JALAN CHERAS : Cheras Sentral – Bulatan Billion JALAN MAHARAJALELA : Kedua-dua arah di Stesen Monorail Maharajalela JALAN RAJA CHULAN : Menghala ke Muzium Telekom

Sumber: astroradionews via era.je