Pancuran meteor Quadrantids telah melanda ruang langit dunia dari 11 malam 4 Januari sehingga awal pagi 5 Januari 2020.
Berbeza dengan gerhana matahari, fenomena hujan meteor Quadrantids ini tidak memerlukan sebarang peralatan khas yang perlu digunakan.
Disebabkan itu juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat sendiri fenomena alam yang menghiasi ruangan langit dunia itu.
Seperti kebiasaan, media sosial pastinya sudah dibanjiri dengan foto-foto menarik yang berjaya diambil ketika fenomena itu berlaku.
Antara yang berjaya dirakam di ruangan langit Malaysia ialah di Kota Belud, Sabah.
Malaysia
Belanda
Itali

Finland

Perancis

Greece

United Kingdom

Sememangnya tidak dinafikan bahawa hujan meteor Quadrantids merupakan fenomena alam yang sangat indah untuk dilihat. Tambahan lagi fenomena ini jarang berlaku, ianya menjadi satu kekaguman bagi seluruh komuniti dunia untuk melihatnya.
Bagi melihat dengan lebih banyak perkongsian gambar-gambar yang berjaya diambil ketika fenomena ini, anda boleh melayari laman web spaceweathergallery.com
Sumber: spaceweathergallery
