Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan melalui portal rasminya mengeluarkan notis gangguan bekalan air berjadual melibatkan 20 kawasan di Lembah Klang.
Melalui kenyataan itu, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 hingga jam 11:00 malam Ahad, 13 Januari 2019 ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.
Antara kawasan-kawasan yang terlibat adalah:
Bukit Bintang
Bukit Ceylon
Bukit Damansara/Damansara Heights
Bukit Persekutuan
Bukit Tunku
Brickfields
Chow Kit
Imbi
Jalan Sungai Besi
Seluruh Kawasan Bangsar termasuk Taman perumahan
Kampung Attap
Kampung Baru
Kampung Keramat
Pekeliling
Pudu
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
Titiwangsa Sentral
Taman Duta
Taman SA
Taman Tasik Perdana (Taman Botani Perdana)
Pihak SYABAS dalam pada itu menasihati setiap pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan bermula.
Pihaknya akan mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat di Parkir HKL, Jalan Tun Razak yang akan beroperasi bermula 8.00 malam, Sabtu 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pelanggan.
Bagi maklumat lanjut pengguna boleh rujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit “Air Selangor” di Google Play atau App Store untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari masa ke masa. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau SMS Tanker <Nama><Alamat> ke 15300 atau WhatsApp ke: 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk bantuan.
