Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gara-Gara Enggan Beli Rumah Untuk Adik, Ibu Bapa Tergamak Saman Anak Sendiri

Syed Faisal Sayed Muhammad
Enggan Beli Rumah Untuk Adik
Kredit SCMP

Gara-Gara Enggan Beli Rumah Untuk Adik, Ibu Bapa Tergamak Saman Anak Sendiri

Seorang wanita 29 tahun di China telah disaman oleh ibu dan bapanya sendiri selepas dilaporkan enggan membelikan adik lelakinya sebuah rumah apartmen, lapor SCMP.

Wanita yang berasal daripada Guangzhou di selatan China itu telah disaman sebanyak RM 324,000 sebagai bayaran ‘nafkah ibu bapa’, lapor Shandong Business Daily.

Wanita itu dilaporkan dibesarkan oleh kakak kepada bapanya sejak dari kecil kerana ibu bapa kandungnya dikatakan tidak berkemampuan.

Sejak dari itu, mereka tidak pernah bertemu lagi. Wanita tersebut juga telah pun menganggap keluarga ibu saudaranya itu sebagai keluarga kandungnya sendiri.

Hanya pada baru-baru ini, kedua ibu bapa kandungnya muncul semula selepas wanita itu menggunakan wang simpanannya untuk membelikan sebuah apartmen buat sepupunya yang dibesarkan bersamanya.

Kedua ibu bapanya menuntut wanita itu untuk membelikan adik kandungnya sebuah apartmen juga kerana adiknya mempunyai masalah kewangan.

Apabila dia enggan membelikannya, ibu bapanya kemudian nekad memfailkan tuntutan di mahkamah dengan tuntutan sebanyak RM 324,000 sebagai ‘nafkah untuk ibu bapa’.

Mahkamah memutuskan bahawa wanita itu tidak mempunyai kewajipan membelikan rumah apartmen untuk adiknya yang telah dewasa, bagaimanapun ia berkata dia harus membayar nafkah dalam satu jumlah yang dirunding dengan ibu bapanya.

Ini kerana di bawah Kanun Sivil China, semua kanak-kanak dewasa mempunyai kewajipan dalam undang-undang untuk menyara ibu bapa mereka. Ini juga terpakai tanpa mengira pengasingan atau pengabaian.

Keputusan mahkamah itu telah menimbulkan kemarahan di seluruh China. Berita ini telah menerima 6,619 komen dan 316,000 interaksi dengan majoriti memberi maklum balas kepada tindakan ibu bapa wanita itu.

Sumber: South China Morning Post

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang