Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gara-Gara Putus Cinta, Lelaki ‘Hilang’ Enam Hari Di Gunung
Adat bercinta ibarat pasang surut air laut. Adakala manis, ada waktu seperti terpaksa mengambil keputusan berat dalam hidup.
Begitulah kisah seorang lelaki dari China tular di media sosial selepas nekad mengasingkan diri ke kawasan hutan selama enam hari tanpa makanan minum dan telefon bimbit semata-mata untuk melupakan bekas kekasihnya.
Lelaki berusia 18 tahun dari daerah Yuhang di Hangzhou, wilayah Zhejiang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi oleh keluarganya sejak 19 Jun lalu.
Kehilangannya disedari abangnya selepas mangsa gagal dihubungi selama tiga hari ketika bekerja seorang diri di Hangzhou.
Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati rumah sewa lelaki itu dalam keadaan kosong, dengan telefon bimbitnya ditinggalkan.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan dia keluar berjalan kaki dari kediamannya pada 20 Jun dan kali terakhir dikesan berada di kawasan pergunungan Dalang sekitar jam 1 pagi keesokan harinya.
Bagaimanapun, pada pagi 26 Jun, lelaki itu akhirnya dikesan melalui kamera CCTV di sebuah taman di daerah Lin’an, kira-kira 40 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Dia berjaya ditemui dalam keadaan keletihan dengan pakaian yang koyak rabak.
Menurut Timbalan Pengarah Balai Polis Yuhang, Zhu Liliang, lelaki itu bertindak mengasingkan diri ke kawasan pergunungan selepas mengalami tekanan emosi akibat putus cinta.
“Dia berjalan kaki melalui kawasan berbukit dari Xianlin ke Fuyang, kemudian ke Zhongtai dan akhirnya ke Lin’an. Untuk tiga hari pertama, dia tidak makan dan minum langsung,” katanya.
Remaja itu berkata, dia hanya bergantung kepada buah-buahan dan air dari sungai pergunungan sepanjang tempoh berkenaan.
Difahamkan, lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa pulang ke kediamannya.
Selepas disoal siasat, lelaki mengakui kesilapannya dan berjanji untuk tidak akan bertindak sedemikian termasuk mengundang kebimbangan keluarganya.
Sumber: South China Morning Post