Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Garu Tanpa Henti, Ini 5 Bahan Semula Jadi Hilangkan Rasa Gatal Gigitan Nyamuk

gigitan nyamuk
Kredit: ImageFX

Garu Tanpa Henti, Ini 5 Bahan Semula Jadi Hilangkan Rasa Gatal Gigitan Nyamuk

Tidak dinafikan, rasa gatal akibat gigitan nyamuk memang boleh menjadi sangat mengganggu.

Ia akan membuatkan seseorang tidak berhenti menggaru, sehingga boleh menyebabkan iritasi atau luka pada kulit jika tidak dikawal.

Oleh itu, penting untuk mencari cara yang lebih selamat dan berkesan bagi mengurangkan rasa gatal tersebut.

Kali ini, SK ingin kongsikan lima bahan semula jadi untuk hilangkan rasa gatal gigitan nyamuk, menurut portal Popular Science.

1. Lidah Buaya

Menurut portal Popular Science, lidah buaya atau aloe vera terkenal dengan sifat menenangkan dan anti-radang.

Difahamkan, gel daripada tumbuhan ini dapat memberikan kelegaan segera pada gigitan nyamuk, menyejukkan kulit serta mengurangkan bengkak.

Cara penggunaannya adalah dengan memotong daun lidah buaya, mengambil gelnya, dan menyapu terus pada bahagian yang terjejas.

Kredit: ImageFX

2. Cuka Epal

Cuka epal mempunyai sifat antiseptik yang boleh membantu mencegah jangkitan serta mengurangkan keradangan.

Ia boleh digunakan terus tanpa perlu dicampur. Cukup sekadar mencelup kapas ke dalam cuka epal dan menyapunya pada gigitan nyamuk.

Sifat asidnya juga membantu mengimbangi pH kulit serta mengurangkan rasa gatal.

Kredit: ImageFX

3. Madu

Portal Popular Science turut menjelaskan bahawa madu bertindak sebagai agen antibakteria dan anti-radang semula jadi.

Sapuan sedikit madu asli pada kawasan gigitan boleh membantu mengurangkan bengkak serta mencegah jangkitan.

Sifatnya yang menarik keluar cecair daripada luka turut membantu membersihkan kawasan tersebut.

Untuk mengelakkan kesan melekit, kawasan sapuan boleh ditutup dengan plaster.

Kredit: ImageFX

4. Daun Basil

Daun basil mengandungi sebatian seperti camphor dan thymol yang boleh membantu melegakan rasa gatal.

Daun segar boleh dihancurkan sehingga keluar jusnya, kemudian disapu terus pada kawasan gigitan.

Selain itu, air rendaman daun basil yang telah disejukkan juga boleh digunakan dengan kapas.

Kredit: ImageFX

5. Oat

Portal Popular Science juga menjelaskan bahawa oat terkenal dengan sifat anti-radang dan sering digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit.

Mandian yang mengandungi oat boleh membantu melegakan beberapa gigitan nyamuk sekaligus.

Caranya ialah dengan mengisar secawan oatmeal sehingga halus, kemudian dicampurkan ke dalam air mandi suam.

Dinasihatkan untuk rendam badan selama 15 hingga 20 minit untuk mengurangkan kegatalan.

Kredit: ImageFX