Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tuala Keras & Hapak, Ini 5 Cara Basuh Tuala Agar Kekal Lembut

tuala
Kredit: ImageFX

Tuala Keras & Hapak, Ini 5 Cara Basuh Tuala Agar Kekal Lembut

Tuala merupakan antara keperluan harian yang digunakan setiap kali selepas mandi.

Namun, ramai berdepan masalah apabila tuala cepat menjadi keras dan kurang selesa digunakan walaupun baru beberapa kali pakai.

Kadang-kadang, ada juga tuala yang berbau hapak walaupun sudah dicuci.

Sebenarnya, cara mencuci tuala memainkan peranan penting dalam memastikan ia kekal lembut, bersih dan segar.

Hari ini, SK ingin kongsikan lima cara basuh tuala agar kekal lembut, daripada Reader's Digest.

1. Asingkan cucian

Portal Reader's Digest menasihatkan untuk mengasingkan tuala daripada pakaian lain untuk mengelakkan benang tertarik atau rosak akibat zip dan butang.

Kemudian, pisahkan tuala putih dan berwarna bagi mengelakkan warna luntur.

Difahamkan, tuala juga sebaiknya dicuci bersama material yang sama untuk mengekalkan kelembutannya.

Kredit: ImageFX

2. Jangan masukkan terlalu banyak tuala

Seterusnya, elakkan memasukkan terlalu banyak tuala dalam satu masa kerana ia boleh menjejaskan proses cucian dan merosakkan mesin.

Pastikan ada ruang sekurang-kurangnya kira-kira enam inci antara tuala dan bahagian atas drum mesin.

Kredit: ImageFX

3. Gunakan separuh detergen

Menurut portal Reader's Digest, jika tuala menjadi keras dan kasar, kemungkinan besar anda menggunakan terlalu banyak detergen.

Gunakan kira-kira separuh daripada jumlah biasa bagi mengelakkan sisa terkumpul yang boleh mengurangkan daya serapan tuala.

Kredit: ImageFX

4. Tambah pelembut fabrik setiap 3 hingga 4 kali cucian

Di samping itu, tuala mudah menyerap sisa kotoran dan mineral air sehingga menyebabkan ia menjadi keras atau berbau.

Oleh itu, penggunaan pelembut fabrik sekali-sekala boleh membantu.

Dinasihatkan untuk memilih pelembut yang mampu menghilangkan bau dan ikut arahan pada label.

Tidak perlu digunakan setiap kali mencuci, tiga hingga empat cucian sudah memadai.

Kredit: ImageFX

5. Basuh pada suhu yang sesuai

Portal Reader's Digest turut menjelaskan bahawa suhu air yang salah boleh menjejaskan kelembutan tuala.

Oleh itu, anda perlu memilih suhu berdasarkan jenis fabrik dan merujuk label penjagaan.

Selain itu, semak juga arahan pada detergen kerana ada yang lebih sesuai digunakan dengan air suam atau sejuk.

Kredit: ImageFX

Sumber:www.rd.com