Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Peti Sejuk Berbau? Rupanya "Baking Soda" Solusinya
Baking soda atau dikenali sebagai natrium bikarbonat merupakan bahan serbaguna yang sering digunakan dalam masakan.
Terutamanya, dalam pembuatan kek dan biskut. Namun, selain kegunaannya di dapur, bahan ini juga mempunyai fungsi lain yang mungkin ramai tidak tahu.
Salah satu kegunaan baking soda adalah sebagai penyerap bau, sebab itu ia sering diletakkan di dalam peti sejuk.
Hari ini, SK ingin kongsikan tentang bagaimana baking soda membantu dalam penyerapan bau, menurut portal Reader's Digest.
Menurut portal Reader's Digest, kebanyakan bau busuk dalam peti sejuk berpunca daripada kulat, yis dan makanan yang sudah mula mereput.
Apabila bakteria “makan” sisa makanan ini, ia akan menghasilkan molekul bau yang bersifat asid atau alkali.
Baking soda atau natrium bikarbonat pula mempunyai keupayaan untuk menarik kedua-dua jenis molekul ini dan menukarkannya kepada bahan yang tidak berbau.

Secara mudahnya, bau dalam peti sejuk datang daripada zarah makanan kecil yang terapung di udara.
Dengan meletakkan baking soda, zarah bau ini akan “melekat” padanya, sekali gus membantu meneutralkan bau dan menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk.
Namun begitu, baking soda yang digunakan untuk serap bau tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana ia sudah menyerap zarah makanan.
Jadi, sebaiknya asingkan baking soda untuk kegunaan dapur dan untuk peti sejuk.
Ya, memang berkesan dan sangat mudah digunakan, menurut portal Reader's Digest.
Difahamkan, anda hanya perlu letakkan satu kotak baking soda yang terbuka dalam peti sejuk dan gantikan setiap tiga bulan.

Jika anda sering simpan makanan berbau kuat, anda mungkin perlu tukar baking soda lebih kerap.
Perlu diingat, baking soda membantu mengurangkan bau tetapi tidak dapat menghilangkan semua bau sepenuhnya.
Jika ada makanan berbau kuat seperti ikan mentah atau jeruk disimpan lama, anda tetap perlu membersihkan peti sejuk.
Portal Reader's Digest menjelaskan bahawa anda boleh letak baking soda di mana-mana bahagian dalam peti sejuk dan ia tetap berfungsi.
Namun, untuk kesan yang lebih baik, letakkan berhampiran makanan yang berbau kuat.
Jika peti sejuk besar atau banyak makanan, anda boleh letakkan baking soda di setiap rak.

Selain itu, anda juga boleh taburkan sedikit baking soda di bahagian bawah laci sayur, kemudian tutup dengan tisu. Jangan lupa tukar setiap tiga bulan.
Jika makanan cepat rosak dan berbau, mungkin juga suhu peti sejuk tidak cukup sejuk dan perlu diperiksa.
Sebenarnya, bukan soal banyak atau sedikit, tetapi lebih kepada cara penggunaannya, jelas portal Reader's Digest.
Jika baking soda diletakkan dalam bekas tertutup kecil, ia kurang berkesan kerana permukaan yang terdedah sedikit.
Untuk hasil terbaik, tuang kira-kira secawan baking soda ke dalam mangkuk atau pinggan supaya lebih banyak permukaan terdedah kepada udara. Ini membantu menyerap bau dengan lebih efektif.
Jika tidak mahu gunakan ruang yang besar, cukup sekadar letakkan kotak baking soda yang dibuka.

Kini juga ada kotak khas dengan bukaan besar yang memudahkan penyerapan bau tanpa tumpah.
Difahamkan, jumlah baking soda yang diperlukan juga bergantung pada saiz peti sejuk.
Peti sejuk besar dengan banyak makanan memerlukan lebih banyak baking soda berbanding peti sejuk kecil.