Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gas Keluar Dari Dalam Tanah Di Tapak Projek NCH

Hannah
gas tanah
Gambar: Berita RTM Sarawak

Gas Keluar Dari Dalam Tanah Di Tapak Projek NCH

Penduduk Kampung Dato Kuala Lawas gempar apabila gas didapati keluar dari dalam tanah di kawasan pembinaan Projek Lebuh Raya Persisir Utara (NCH) pada tengah hari tadi.

Ketua Bomba Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 12.33 tengah hari.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penggerudian yang sedang dijalankan oleh kontraktor projek di lokasi pembinaan berkenaan pada kedalaman sekitar 45 meter.

"Hasil pemantauan mendapati kawasan yang mengeluarkan gas itu masih aktif setakat pukul 1.25 petang dan keadaan terus dipantau bagi memastikan keselamatan di lokasi terjamin," katanya seperti dilapor Berita RTM Sarawak.

Sebagai langkah keselamatan, pihak bomba telah memasang penghadang dan menetapkan zon larangan dalam radius 30 meter dari lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pekerja serta orang awam.

Pada masa sama, kontraktor yang terlibat turut diarahkan menghentikan sementara semua aktiviti penggerudian sehingga pemeriksaan terperinci dan penilaian keselamatan selesai dilakukan.

Setakat ini, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut.

Untuk info, operasi pemantauan melibatkan seramai 10 anggota BBP Lawas dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta sebuah kenderaan utiliti DMAX.