Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia Pada Usia 40 Tahun

Gbob Raja Lawak
Kredit: Facebook Amir Raja Lawak

Pelawak Gbob atau nama sebenarnya, Mohd Hamizi Hashim, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh beberapa rakan selebriti menerusi media sosial, termasuk pelawak Amir Raja Lawak dan pelakon veteran, Zulkifli Ismail.

Menerusi hantaran di Facebook, Amir memaklumkan pemergian Gbob sebagai berita sedih buat barisan pelawak Malaysia, khususnya rakan-rakan daripada kumpulan Raja Lawak.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kami Gbob Raja Lawak telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi semalam.

“Berita ini disahkan oleh ahli keluarga arwah Gbob sendiri,” katanya.

Amir turut menitipkan doa agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman, beramal soleh dan ahli syurga.

“Didoakan semoga arwah Gbob ditempatkan bersama orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga. Aamiin ya Rabbal Alamin,” katanya.

Gbob mula dikenali menerusi Raja Lawak

Sementara itu, Zulkifli Ismail turut berkongsi berita pemergian Allahyarham menerusi Facebook.

Menurut Zulkifli, Gbob yang berusia 40 tahun mula dikenali selepas menyertai program Raja Lawak musim kelima.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Pelawak Gbob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Allahyarham berusia 40 tahun. Allahyarham mula dikenali selepas menyertai program Raja Lawak musim kelima.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan kepada rakan-rakan seperjuangan serta peminat yang mengikuti perjalanan kariernya dalam dunia hiburan.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

Intipati
  • Pelawak Gbob, nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim, dilaporkan meninggal dunia pada pagi semalam.
  • Berita pemergiannya dikongsikan Amir Raja Lawak dan Zulkifli Ismail menerusi hantaran Facebook.
  • Allahyarham berusia 40 tahun dan mula dikenali selepas menyertai Raja Lawak musim kelima.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan