Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sempat “Layan” Lemang & Rendang, Wanita Kongsi Detik Air Ketuban Pecah Raya Pertama

air ketuban
Kredit: @takosotongsekor.hq via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sempat “Layan” Lemang & Rendang, Wanita Kongsi Detik Air Ketuban Pecah Raya Pertama

Setiap individu memiliki pengalaman yang berbeza apabila menyambut hari raya.

Ada yang melalui detik penuh kegembiraan dan gelak tawa, ada juga yang menyimpan rasa sayu mengenangkan insan tersayang yang tiada di sisi.

Tidak kurang pula, ada momen yang meninggalkan kesan mendalam sehingga menjadi kenangan indah untuk dikenang sepanjang hayat.

Di samping itu, terdapat juga pengalaman hari raya yang diselitkan dengan elemen kelakar dan mencuit hati.

Air ketuban pecah raya pertama

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita hamil 37 minggu dan suaminya mengambil gambar ketika hari raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @takosotongsekor.hq di TikTok, si suami dilihat mencium perut isterinya.

Dari awal, wanita tersebut dilihat tidak dapat menahan ketawa apabila individu yang merakam video itu menyakat mereka.

Pada pertengahan video, suasana bertukar cemas apabila ketuban wanita tersebut pecah secara tiba-tiba.

Kredit: @takosotongsekor.hq via TikTok

Lebih mencuri perhatian, suaminya turut menghidu cecair tersebut bagi memastikan sama ada ia air kencing atau air ketuban.

Difahamkan, pasangan itu kemudiannya segera ke hospital dan dimaklumkan telah mengalami bukaan empat sentimeter sebaik sahaja tiba.

“Alhamdulillah bersalin dah. Sampai hospital, bukaan dah empat sentimeter dan tak sakit langsung," ujarnya.

Namun, wanita itu menambah yang doktor bimbang kerana tiada perkembangan selepas itu lalu, dia diberikan induksi.

"Dari 4 cm pergi 9 cm, terus terkeluar baby,” tambahnya.

@takosotongsekor.hq turut berseloroh dengan menyatakan bahawa dia sempat menikmati juadah hari raya sebelum bersalin.

"Sempat lah makan lemang, nasi impit, rendang, semperit," selorohnya.

Video tersebut mencecah 2.5 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.

Kebanyakannya, berseloroh kerana bayi wanita tersebut lahir pada hari raya pertama.

"Baby cakap okay dah rasa kuih, rendang dan lemang. Dah boleh keluar," komen seorang warga maya.

"Tak nama syawal, mesti aidil. Takpun fitri," seloroh seorang netizen.

"Baby dalam perut kata sabar jap nak 'ootd' raya sama gak!” komen seorang lagi warga maya.