Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah iaitu isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, telah ditarik balik dengan serta-merta.
Menurut laporan RTB News, titah perintah Sultan Hassanal itu dimaklumkan oleh Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Titah perintah itu menyatakan bahawa penarikan balik gelaran tersebut adalah disebabkan kelakuan-kelakuan Pengiran Raabi'atul Adawiyyah.
"Ini disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan Kerabat Diraja serta mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja," menurut titah itu.