Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gelombang Haba Luar Biasa Di Perancis, Suhu Cecah 44.3°C

PERANCIS
Kredit: AFP

Gelombang Haba Luar Biasa Di Perancis, Suhu Cecah 44.3°C

Perancis merekodkan hari paling panas dalam sejarah negara itu apabila suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius, sekali gus mencetuskan kebimbangan besar susulan peningkatan kes kematian akibat lemas dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Perdana Menteri Perancis, Sébastien Lecornu berkata, sekurang-kurangnya 40 individu disahkan maut selepas dipercayai lemas ketika mandi-manda di kawasan air yang tidak dipantau sejak 18 Jun lalu.

Menurut beliau, kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan muda yang dipercayai mencari lokasi untuk menyejukkan badan ketika gelombang haba melanda negara itu.

“Kita sedang berdepan satu episod cuaca panas yang luar biasa. Setiap hari dan malam, rekod suhu baharu terus dicatatkan di peringkat tempatan dan nasional,” katanya, lapor the Guardian.

Perkhidmatan cuaca kebangsaan, Météo-France memaklumkan Selasa merupakan hari paling panas direkodkan sejak pengukuran suhu dimulakan pada tahun 1947.

Menurut agensi itu, suhu tertinggi direkodkan di Pissos, Landes dengan bacaan mencecah 44.3 darjah Celsius, manakala Bordeaux turut mencatat suhu luar biasa sehingga 42.1 darjah Celsius.

Susulan cuaca ekstrem itu, sebanyak 54 wilayah diletakkan di bawah amaran merah gelombang haba dengan keadaan disifatkan sebagai menekan dan memenatkan.

Keadaan panas melampau turut memberi kesan kepada beberapa lokasi pelancongan utama apabila Eiffel Tower dan Louvre Museum mengambil keputusan memendekkan waktu operasi bagi menjaga keselamatan pengunjung dan pekerja.

Dalam masa sama, pihak berkuasa di Paris turut menasihatkan orang ramai supaya bekerja dari rumah jika boleh serta mengurangkan perjalanan menggunakan kereta api kerana suhu tinggi boleh menjejaskan sistem pengangkutan.

Di barat daya Perancis pula, sebuah reaktor di loji nuklear Golfech terpaksa dihentikan sementara selepas suhu air sungai yang digunakan untuk penyejukan meningkat melebihi paras selamat.