Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gelombang Sejuk, China Keluar Amaran Peringkat Kuning

BEIJING, 30 Dis (Bernama) — Pihak berkuasa meteorologi China pada Rabu mengeluarkan amaran peringkat kuning berikutan gelombang sejuk yang melanda sebahagian besar wilayah tengah dan timur China, lapor agensi berita Xinhua.

Dari Rabu hingga Khamis, suhu di kebanyakan kawasan di selatan China dijangka mencatatkan penurunan sehingga 12 darjah Celsius, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC).

Gelombang sejuk juga diramal melanda wilayah di utara China dan di kawasan sepanjang Sungai Yangtze dan Sungai Huai.

NMC menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap cuaca sejuk dan angin kencang.

China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat, merah mewakili paling buruk diikuti oren, kuning dan biru.

— BERNAMA