Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 3.4 Magnitud Gegar Temenggor, Gerik

GEMPA GERIK
Kredit: MetMalaysia

Gempa bumi lemah 3.4 magnitud telah berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12:06 pagi Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di koordinat 5.5° Utara dan 101.3° Timur dengan Jarak 9 kilometer Timur Laut dari Hulu Perak.

Kedalaman gempa itu adalah 10 kilometer dan gegaran dapat dirasai di sekitar kawasan Gerik.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/BsgrF3Cc8p11iZ277,” katanya.

Intipati
  • Gempa bumi lemah 3.4 magnitud berlaku di Temenggor, Gerik, awal pagi Jumaat.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
  • Gegaran dirasai di sekitar Gerik, manakala MetMalaysia akan terus memantau keadaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan