Taiwan Digegar Gempa Kuat 7.4M, Ada Bangunan Didakwa Runtuh
Satu kejadian gempa bumi kuat, 7.4 magnitud dilapor melanda kawasan pantai timur Taiwan, sebentar tadi, lapor CNN.
Pusat gempa bumi berkenaan dipercayai terletak kira-kira 18 kilometer dari selatan bandar Hualien. Susulan itu, Agensi Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan turut mengeluarkan amaran tsunami dan meminta penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Menurut CNN, Agensi Meteorologi Jepun juga mengeluarkan amaran tsunami di Pulau Miyakojima dan Okinawa dengan jangkaan ombak setinggi 3 meter.
Di media sosial, beberapa video yang merakam impak gempa bumi itu turut menjadi tular.
Antara rakaman-rakaman yang tular mendakwa ada beberapa buah bangunan roboh dan kejadian tanah runtuh turut berlaku.
Bagaimanapun, setakat ini video-video berkenaan tidak dapat disahkan.
Berita selanjutnya akan menyusul
BACA: Detik-Detik Gempa Bumi Kuat Di Jepun
Sumber: CNN