Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia 

Hannah
gempa bumi Indonesia
Gambar: METMalaysia

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 4:57 petang, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 3.7° Utara dan 97.0° Timur, dengan magnitud 5.9 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 107 kilometer Tenggara dari Meulaboh,Indonesia, dengan kedalaman 74 kilometer.

Tambah METMalaysia, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun, gegaran dilaporkan dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Jsuteru, orang awam yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini diminta untuk mengisi borang soal selidik di sini.

BACA: Hukum Seorang Muslim Menyambut Hari Ibu

BACA: Pemandu Pacuan Empat Roda Direman Dua Hari Langgar Lari Pasangan Naik Motosikal

BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak

Sumber: METMalaysia