Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Gegar Kepulauan Nicobar Pagi Tadi

gempa bumi
Gambar: MET Malaysia

Gempa bumi sederhana telah dikesan berlaku di Rantau India pada pukul 9.35 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Difahamkan, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher itu dikesan berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India.

Pusat gempa bumi itu terletak 7.3° Utara dan 94.6° Timur dengan kedalaman 10 kilometer dalam dan 102 kilometer Timur Laut dari Great Nicobar, India.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia