Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat 6.3 Skala Ritcher Gegar Perairan Oregon

Gambar Hiasan(Foto: KLTA/USGS)

Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 skala Ritcher telah menggegar kawasan perairan pantai Oregon, Amerika Syarikat awal pagi tadi waktu Malaysia.

Menurut laporan Pusat Kajian Geologi AS, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 5.3km sekitar jam 8.07 pagi waktu tempatan, kira-kira 283km di barat bandar Bandon.

Gegaran dikatakan dapat dirasai sehingga ke kawasan Seattle dan Portland. Bagaimanapun, tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Selain itu, sebarang laporan mengenai kerosakan serta kemalangan jiwa juga didakwa masih tidak diterima lagi ketika ini.

Sumber: USGS, CNN