Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Gegar Kepulauan Talaud, Indonesia

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam waktu Malaysia, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA