Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Landa Kepulauan Tonga

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Tonga pada pukul 9.13 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 834 kilometer (km) timur dari Laucala, Fiji.

“Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA